Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2018

Merdeka 2018

Tema Dan Gambar Logo Sambutan Hari Kebangsaan 2018. Hari Kemerdekaan Malaysia 2018 ke 61? Tarikh 31 hb Ogos setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Kebangsaan Malaysia bagi meraikan hari kemerdekaan. Apakah Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2018?

Perdana Menteri pada 30 Mei 2018 telah mengumumkan bahawa Sayangi Malaysiaku telah dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan 2018.

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2017 yang dipilih adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”. Tema tahun 2016 pula adalah Sehati Sejiwa.

Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2018 Sambutan Hari Kemerdekaan

Untuk rakyat Malaysia, berikut dikongsikan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 yang bakal disambut dan dirayakan pada 31 Ogos 2018. Hari Kemerdekaan Malaysia adalah merupakan tarikh cuti umum.

  • Tema – Sayangi Malaysiaku
  • Huraian Tema – Akan dikemaskini
  • Logo – Akan dikemaskini

Tahun 2017

Sebagai rujukan, dikongsikan juga maksud tema “Negaraku Sehati Sejiwa” beserta lagu rasmi sambutan.

  • Logo sambutan Hari Kebangsaan 2017 dikongsikan seperti gambar di atas

Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Tema Hari Kemerdekaan 2017 yang dipilih adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”. ‘Sehati Sejiwa’ membawa maksud

Kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara Malaysia

Selain itu ianya melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Pemilihan tema menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betapa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang.

Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017. Hari Malaysia pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2017.

Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2017

Malaysia Sehati Sejiwa telah dipilih sekali lagi sebagai lagu rasmi untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2017. Lagu Sehati Sejiwa juga merupakan lagu tema sambutan pada tahun 2015 dan 2016.

  • Untuk lirik lagu dan video Sehati Sejiwa klik LAGU TEMA

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2018 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk mengekalkan Kemerdekaan Malaysia. Juga untuk kemajuan negara pada masa hadapan yang lebih maju dan gemilang.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment