Semakan Tahun 1 2018 Online Status Pendaftaran

by rossacalla on July 18, 2017

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 2018 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan permohonan murid ke Tahun 1? Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang telah membuat pendaftaran kemasukan anak mereka ke Tahun 1 Ambilan sesi 2018. Dikongsikan dari Laman SPS – Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM), Semakan Tahun 1 2018 Online Status Pendaftaran boleh disemak secara online pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di bawah ini.

Tarikh semakan keputusan untuk murid di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang adalah bermula dari 16 Julai 2017 . Untuk negeri-negeri lain yang tidak dinyatakan di atas, semakan status permohonan ke Tahun 1 boleh disemak mulai 1 Ogos 2017.

Semakan Tahun 1 2018 Online Status Pendaftaran Melalui SPATKPM

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan untuk panduan ibu bapa atau penjaga dalam membuat Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2018 secara online :-

  1. Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang : Tarikh semakan mulai 16 Julai 2017
  2. Negeri-negeri lain : Tarikh semakan pada 1 Ogos 2017

Semakan keputusan permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT dan ikuti langkah seperti berikut :-

Buat panduan ibu bapa, permohonan murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 telah dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017 yang lalu. Permohonan secara online ini terbuka kepada murid seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang melalui sekolah secara manual.

Selamat membuat Semakan Tahun 1 2018 Online Status Pendaftaran. Semoga anak anda berjaya dalam permohonan penadaftaran murid ke Tahun 1.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment