Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar

by rossacalla on July 8, 2017

Semakan SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Bagaimana cara membuat semakan SAPS Ibu Bapa. Perhatian dan panduan buat Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah. Anda kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Trial Exam) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS Ibu Bapa).

Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar yang dapat dikongsikan pada anda semua.

  • Keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui sistem SAPS.

Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar

Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 1 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar

  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawahsemakan saps ibu bapa
  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Selamat membuat semakan SAPS keputusan peperiksaan sekolah andak anda. Semoga perkhidmatan SAPS yang disediakan oleh KPM ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment