Semakan Keputusan UPKK 2016 Online Dan SMS

by rossacalla on February 16, 2017

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan UPKK 2016. Berikut dikongsikan maklumat penting tarikh dan semakan keputusan UPKK 2016 secara online dan SMS untuk panduan ibu bapa dan pelajar. Tarikh rasmi keputusan UPKK 2016 diumumkan adalah pada 15 Februari 2017 (Rabu). Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) telah dijalankan pada bulan Oktober 2016 yang lalu selama 4 hari.

Semakan Keputusan UPKK 2016 Online Dan SMS

Untuk tahun 2017, JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru buat pelajar mengetahui keputusan UPKK dengan lebih cepat dan pantas. Keputusan UPKK kini boleh disemak secara online dan juga secara SMS.

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan UPKK 2016 secara online dan SMS

Semakan Keputusan Melalui SMS

Keputusan UPKK 2016 boleh disemak melalui SMS bermula dari jam 1100 pagi pada 15 Februari sehingga 1100 pagi pada 21 Februari 2017.

Cara Buat Semakan

  • UPKK <jarak> RESULT <Jarak> NoMYKID dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran : UPKK RESULT 060515036884

atau

  • UPKK <jarak> RESULT <jarak> NoSijilLahir dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran UPKK RESULT BS76517

Nota Penting

  • Pastikan No MyKid/No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
  • Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
  • Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST)
  • Perkhidmatan adalah tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Analisa Keputusan Peperiksaan UPKK 2016

Berikut adalah analisis ringkas keputusan peperiksaan UPKK 2016 yang dipetik dari BH online :-

  1. Seramai 194,258 calon menduduki peperiksaan itu 4,469 pusat peperiksaan seluruh negara
  2. 46,461 calon (23.9 peratus) yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2016 telah memperoleh 8A iaitu peningkatan empat peratus berbanding tahun lalu
  3. Semua calon mencatat kelulusan 100 peratus, pencapaian selama tiga tahun berturut-turut bagi peperiksaan itu sejak 2014
  4. Mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatat kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti mata pelajaran al-Quran yang mencatat 99.6 peratus kelulusan
  5. Pencapaian UPKK 2016 menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian
  6. Mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan (94.23 peratus), Lughatul Quran (91.83 peratus) dan Adab (Akhlak Islamiah) (90.48 peratus)

Apa Itu Peperiksaan UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.

Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Al-Quran, Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.

Matlamat Peperiksaan UPKK

Peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran serta amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat enilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain, menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.

Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri dan turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.

Selamat membuat semakan keputusan UPKK 2016 online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK 2016.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment