Semakan Keputusan STPM 2016 Online Dan SMS

by rossacalla on February 17, 2017

Cara Buat Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2016 Online Dan SMS. Panduan dan perhatian buat calon/ pelajar yang telah menduduki peperiksaan STPM 2016 yang lalu. Berikut dikongsikan maklumat penting Semakan Keputusan STPM 2016 Online Dan SMS. Adalah dimaklumkan yang keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2016 akan diumumkan pada hari Selasa, 28 Februari 2017. Sebagai perbandingan, Result keputusan STPM ini dikeluarkan lebih awal berbanding dengan tarikh keputusan SPM 2016 yang diumumkan pada 16 Mac 2017.

Tarikh Rasmi Keputusan STPM 2016

Semakan Keputusan STPM 2016 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan panduan dan cara membuat semakan keputusan STPM 2016 (keseluruhan). Calon boleh mengetahui keputusan keseluruhan STPM 2016 mereka melalui kaedah berikut:-

1) Hadir ke sekolah

  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehinya melalui pos.

2) Semakan secara online

3) Semakan Melalui SMS

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 1200 tengahari, 28 Februari 2017 dengan menaip:-

  1. STPM<jarak>RESULT<jarak>(No Kad Pengenalan)
  2. Contoh STPM RESULT 910325035243
  3. Hantar ke 15888
  4. Caj 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaaan.

Kenyataan Media KPM : Keputusan STPM 2016

Buat calon pelajar STPM 2016, selamat membuat semakan keputusan STPM secara online dan sms. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2016.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment