Semakan Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS

Semakan SPM online sms

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2017 Diumumkan. Perhatian buat calon peperiksaan SPM yang telah menduduki peperiksaan bertulis SPM pada bulan November dan Disember 2017 yang lalu. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Result SPM tahun lepas telah diumumkan pada hari Khamis, 16 Mac 2017.

Berdasarkan kepada tarikh-tarikh keputusan SPM tahun-tahun yang lepas, keputusan dijangka diumumkan pada bulan Mac 2018. Pelajar adalah disarankan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online Dan SMS

Berikut disertakan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2017 secara online dan SMS selepas pengumuman tarikh rasmi oleh KPM pada * Akan dikemaskini. Semoga pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM 2017 akan mendapat keputusan yang cemerlang bagi membolehkan untuk memohon kemasukan ke IPTA melalui Permohonan UPU 2018 Ke IPTA, Politeknik dan ILKA.

Langkah/ Cara Mendapatkan Keputusan Peperiksaan SPM 2017

Berikut dikongsikan tatacara biasa dalam mendapatkan atau membuat semakan keputusan SPM 2017. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

1) Hadir Ke Sekolah

  • Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2017 mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada hari Khamis, 15 Mac 2018

2) Semakan Online

Semakan keputusan SPM (Ringkasan Keputusan) boleh di buat secara online di SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia

3) Kaedah Semakan Melalui SMS

Semakan melalui SMS. KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888

Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K.P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Calon Persendirian

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

Kenyataan Media KPM : Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2016 Diumumkan

Merujuk kepada Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan keputusan SPM 2016, tarikh keputusan SPM adalah pada 16 Mac 2017 (Khamis).

Berikut dikongsikan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia buat rujukan ibu bapa dan pelajar :-

Semoga perkongisan Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2017 Diumumkan dan cara buat semakan keputusan ini bermanfaat buat semua. Tahniah kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017 kali ini.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment