Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2018 Secara Online

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan Online 1

Cara Semak Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Kawalan 2018 Online. Panduan buat pelajar UPSR telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2018 kemasukan ke Tingkatan 1 SMKA SABK KRK KAA. Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan sekolah kawalan ambilan tahun 2018. Semakan boleh dibuat melalui applikasi semakan atas talian di Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing.

Untuk makluman, Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM) di public.moe.gov.my yang diguna pakai pada tahun-tahun lepas tidak dibuka pada tahun ini.  Permohonan ke sekolah kawalan tidak lagi boleh dilakukan secara online melalui SPATKPM. Sebaliknya permohonan kemasukan tingkatan 1 ke sekolah kawalan bagi sesi 2018 hendaklah dibuat melalui borang manual yang diedarkan oleh sekolah rendah  atau pun JPN negeri masing-masing.

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan kemasukan ke tingkatan 1 ke Sekolah Kawalan tahun 2018.

Senarai Sekolah Kawalan

Berikut merupakan jenis-jenis sekolah kawalan yang terletak di Malaysia:-

1.Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

2.Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

3.Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)

4.Kelas Kawalan/ Kelas Premier

5.Kelas Rancangan Khas (KRK)/ Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier

6.Kelas Aliran Agama (KAA)

Tarikh Rasmi Semakan

  • Tahun 2017: Tarikh semakan tertakluk kepada JPN negeri masing-masing. Pelajar adalah disarankan untuk melayari applikasi semakan JPN negeri masing-masing untuk membuat semakan keputusan permohonan terkini.
  • Tahun 2016 : 20 Disember 2016

Cara-cara Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2018

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan keputusan sekolah kawalan:-

Semakan online

  1. Sila layari pautan JPN mengikut negeri masing-masing.
  2. Isi no angka giliran UPSR/ KP/ Nama
  3. Klik SEMAK

Semakan SMS

*MAKLUMAN : Pada tahun ini, semakan melalui SMS tidak disediakan kerana permohonan ke sekolah kawalan tidak dilakukan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM)

Pautan Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2018

Semakan tawaran kemasukan boleh dibuat melalui Laman Web JPN masing-masing. Berikut diberikan pautan semakan tawaran mengikut berdasarkan negeri-negeri di Malaysia:-

Johor

  1. KRK Johor
  2. PPDMM Johor

Terengganu

  1. Terengganu

Perak

  1. SMKA Perak
  2. Perak Sekolah Rancangan Khas (RKN) (Mulai 29 Disember jam 1000 pagi)

Negeri Sembilan

  1. Negeri Sembilan

Kedah

  • (akan dikemaskini)

Kelantan

  1. JPN Kelantan
  2. Kelantan

Pahang

  1. Pahang

Selangor

  1. Geraksel Selangor
  2. Semakan JAIS Selangor

Perlis

  1. Perlis

Melaka

  1. Melaka

WP Kuala Lumpur

  1. Kuala Lumpur
  2. KAA KL
  3. iSMAM MAIWP

Sarawak

  1. Sarawak mulai 29 Disember 2017

Sabah

  1. Sabah

Semoga panduan penting Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2018 ini memudahkan pelajar/ ibu bapa untuk memeriksa status permohonan anda. Tahniah buat pelajar-pelajar yang berjaya dalam permohonan ke sekolah kawalan tahun 2018.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment