Semakan Keputusan SBP 2018 Tingkatan 4 Online

Cara Semak SBP

Cara Semak Tawaran Kemasukan SBP Tingkatan 4 2018 Online. Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 (Empat) 2018 Online akan diumumkan pada 20 Januari 2018 (Hari Sabtu). Keputusan tawaran kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh disemak sehingga 13 Februari 2018.

Permohonan e-Rayuan untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran atau tidak membuat permohonan SBP pertama akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan Form 4 SBP 2018 diumumkan. Untuk makluman, keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 telah diumumkan pada 28 Disember 2017 yang lalu.

Semakan Tawaran Kemasukan SBP 2018 Tingkatan 4 Online

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Empat (4) meliputi tarikh dan applikasi semakan serta panduan rayuan.

Tarikh Semakan Keputusan SBP 2018 Tingkatan 4 Online

  • Tahun 2018 : Hari Sabtu, 20 Januari 2018
  • Permohonan e-Rayuan SBP : Tarikh yang sama seperti tarikh mula semakan

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di dalam mendapatkan maklumat terkini semakan.

Applikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 Online

Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di

  • https://sst4.moe.gov.my/
  • Sila Masukkan Angka Giliran PBS 2017 dan Klik Butang Semakan
  • Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut

Arahan Kepada Pemohon Yang Berjaya

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2018 Online

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/ tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

  • Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.
  • Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya.

Cara Membuat Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak Keputusan e-Rayuan SBP

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2018
  • Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D. ALAMAT SURAT MENYURAT
  • Hantar.

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2018
  • Klik sistem semakan tawaran ke SBP  tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar

Selamat membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018 secara Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2018.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment