Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 Tahun 2018

by rossacalla on December 28, 2017

Semakan Keputusan Tawaran Penempatan Kemasukan Ke SBP 2018 Tingkatan 1 Online. Bila tarikh rasmi semakan keputusan SBP Tingkatan 1? Perhatian murid Tahun 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2018 Tingkatan 1 yang telah ditutup pada 19 November 2017 yang lalu. Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018 secara online akan diumumkan pada hari Jumaat, 29 Disember 2017 iaitu selepas Ujian Kemasukan SBP (UKSBP) diadakan.

Untuk kemasukan ke Tingkatan 4, keputusan permohonan dan penempatan ke Form 4 SBP akan diumumkan selewat-lewatnya pada 19 Januari 2018. Permohonan Rayuan SBP untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran atau tidak membuat permohonan pertama dahulu akan dibuka pada tarikh rasmi yang sama dengan keputusan SBP 2018 di umumkan.

Semakan Tawaran Kemasukan SBP 2018 Tingkatan 1 Online

Untuk panduan para pemohon SBP Tingkatan 1 tahun 2018, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) meliputi tarikh dan applikasi semakan serta panduan rayuan.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018 Online

  • Tarikh : Hari Jumaat, 29 Disember 2017
  • Permohonan e-Rayuan SBP : Tarikh yang sama seperti tarikh mula semakan
  • Semakan erayuan SBP ambilan 2 : 31 Januari 2018. Tahun lepas pada 26 Januari sehingga 12 Februari 2017

Applikasi Online Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018

Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di URL berikut :-

  • Applikasi semakan di https://sst1.moe.gov.my/
  • Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2017 dan Klik Butang Semakan
  • Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut

Arahan Kepada Pemohon SBP Yang Berjaya

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2018 Online

Murid yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Bagaimanakah caranya buat murid yang gagal/ tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon?

Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.
Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya.

Selamat membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 tahun 2018 secara online.  Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2018.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment