Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 Online

Semakan MRSM Tingkatan 1

Cara Semak Keputusan Tawaran MRSM 2018 Tingkatan 1 Online. Berita baik buat pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke MRSM 2018 Tingkatan Satu (1). Menerusi makluman Portal Rasmi MARA,  result keputusan kemasukan MRSM Tingkatan 1 akan diumumkan pada * Akan dikemaskini. Pada tahun lepas, semakan keputusan telah dibuka pada 23 Januari 2017.  Ini bermakna, semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 tahun ini diumumkan lebih awal. Sebelum ini, keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 telah dumumkan pada 29 Disember 2017.

Pemohon adalah disarankan untuk melayari Portal Rasmi MARA dalam mendapatkan makluman dan pengumuman terkini berkaitan keputusan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

Cara Semak Keputusan Tawaran Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting dalam membuat semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 ambilan tahun 2018. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh penting dan applikasi semakan serta informasi berkaitan Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong serta Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM Ulul Albab (UKKM).

i. Semakan Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong

Pemohon yang telah menerima SMS Panggilan bagi menduduki Ujian Khas MRSM Arau dan MRSM Bentong perlu merujuk kepada notis panggilan yang telah dihantar melalui alamat email pemohon yang didaftarkan semasa permohonan MRSM Tingkatatan 1 yang lalu.

ii. UKKM MRSM Ulul Albab

Untuk makluman, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menjalankan Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab seperti panduan berikut :-

Pelajar yang menerima SMS / emel bagi Program Ulul Albab / IGCSE adalah diminta untuk hadir bagi menduduki UJIAN KHAS iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab atau ringkasnya UKKM pada 4 Disember hingga 6 Disember 2017.

  1. Pemilihan pusat ujian boleh dibuat melalui pautan UKKM sebelum 1 Disember 2017
  2. Pelajar perlu membuat Cetakan Surat Tawaran TERKINI sebelum 1 Disember 2017

Panduan UKKM Ulul Albab

  1. Semakan dan pendaftaran
  2. Ujian Tulisan Jawi – 5 minit (Sila pastikan alat tulis dibawa bersama)
  3. Hafazan Kuarantin – Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 25 minit. Aspek yang dinilai adalah hafazan, tajwid dan kelancaran.
  4. Ujian Hafazan – Hafazan Wajib (Ayat 1-12 Surah Al Mulk)

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Online Tahun 2018

Berikut adalah maklumat tarikh penting semakan tawaran kemasukan ke MRSM 2018 kemasukan Tingkatan 1. Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 Tahun 2018 boleh disemak seperti ketetapan berikut :-

  • Hari Isnin, 22 Januari 2018

Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah. Pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.

Sila klik applikasi Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan :-

  1. Tingkatan 1 : https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp
  2. Tingkatan 4 : https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

Permohonan Rayuan MRSM Tingkatan 1 & 4 2018 Online (e-Rayuan MRSM)

Rayuan bagi yang gagal boleh dibuat secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2018. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online.

  • Applikasi rayuan sama dengan applikasi semakan keputusan
  • Untuk permohonan rayuan MRSM, jika tiada butang pautan rayuan selepas membuat semakan keputusan, pemohon boleh mencuba menulis surat rasmi permohonan rayuan secara bertulis kepada pihak MARA seperti maklumat panduan Pengambilan Dan Penempatan Pelajar.
  • Contoh surat rayuan kemasukan MRSM boleh dirujuk di Surat Rayuan MRSM
  • Namun keputusan rayuan kemasukan MRSM masih tertakluk kepada merit dan juga kekosongan tempat yang masih belum diisi selepas proses pendaftaran pelajar baru.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509/ 4531/ 4532/ 4516 atau 03-2613 9070.

Diucapkan selamat membuat Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke MRSM Form 1. Kepada yang gagal, anda masih lagi berpeluang dengan membuat permohonan rayuan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment