Semakan Keputusan KV 2018 Dan SMT Online

semakan kv dan smt

Cara Semak Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2018 Online. Panduan buat para pemohon KV dan SMT ambilan tahun 2018 kemasukan Tingkatan 4. Bila tarikh semakan keputusan KV dan SMT ambilan Januari 2018? Menerusi pengumuman KPM, para pemohon kemasukan ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), GIATMARA dan WISDEC boleh membuat Semakan Keputusan KV/ SMT secara Online pada 15 Januari 2018. Permohonan kemasukan telah ditutup pada 20 Disember 2017 yang lalu.

Untuk makluman, para pemohon yang gagal dalam permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2018 boleh membuat rayuan. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa melayari Laman Sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info kemasukan terkini.

Cara Semak Keputusan Kolej Vokasional 2018 Dan SMT Online

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Semakan Keputusan Kolej Vokasional/ SMT ambilan Januari 2018 secara Online. Tarikh semakan, link applikasi dan maklumat rayuan ada dikongsikan di bawah ini.

Semakan Keputusan KV Dan SMT 2018

 NO

PERKARA

TARIKH PENTING/ NOTA

1Pemilhan/ Semakan
  • 4 hingga 14 Januari 2018 : Sesi pemilihan / temu bual
  • 15 Januari hingga 22 Januari 2018 : Semakan keputusan KV & SMT
  • APPLIKASI SEMAKAN : Klik BPTV
2Surat TawaranBagi Murid Lepasan PBS 2017, semakan tawaran di dalam laman sesawang KPM : / sptv.moe.gov.my

  • 24 Januari hingga 12 Februari 2018 : Bagi Murid Lepasan PAV 2017, surat tawaran akan diedarkan melalui KV yang dimohon.
  • 24 Januari hingga 11 Februari 2018 : Untuk Murid Lepasan PAV 2016, surat tawaran akan diedarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
3.ALIRAN PERDANA (Pendaftaran dan Rayuan)
  • 23 Januari 2018 : Pendaftaran Murid Aliran Perdana
  • 24 Januari hingga 28 Februari 2018 : *Walk- in/rayuan:

Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut :

  • Borang walk-in / rayuan
  • Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
  • Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Contoh surat rayuan klik RAYUAN KV/ SMT

4ALIRAN PAV (Pendaftaran dan Rayuan_

 

  • 12 Februari 2018 : Pendaftaran Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
  • 13 Februari hingga 28 Februari 2018 : *Walk- in/ rayuan di mana-mana GIATMARA / WISDEC

NOTA : * Keputusan Walk-in / rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid

  • Senarai barang keperluan asrama sila klik Barang Perlu Asrama KV

Selamat membuat Semakan Keputusan kemasukan KV 2018 Dan SMT secara online, Tahniah kepada para pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke KV dan SMT sesi Januari 2018. Buat mereka yang gagal, diucapkan semoga berjaya dalam permohonan rayuan anda.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment