Semakan Keputusan IPG 2017 Online PISMP

Semakan Keputusan Tawaran IPG 2017 Online (PISMP). Perhatian buat pemohon kemasukan ke IPG 2017 (PISMP). Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh penting semakan Keputusan IPG 2017 Online untuk sesi pengambilan tahun 2017. Dipetik dari kalendar permohonan IPG (dahulunya Maktab Perguruan), semakan Keputusan IPG 2017 Online dijangka akan diumumkan pada 23 Jun 2017 nanti tertakluk kepada perubahan. Adalah diingatkan agar pemohon merujuk kepada Portal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan untuk tarikh terkini pengambilan ke IPG.

Cara Buat Semakan Keputusan IPG 2017 Online (PISMP)

Berikut dikongsikan malumat semakan keputusan IPG 2017. Untuk makluman, pemohon IPG perlu melalui beberapa peringkat ujian/ temuduga sebelum dapat diterima untuk memasuki IPG seperti berikut. Sebagai panduan dan rujukan, berikut Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2017 yang juga boleh di rujuk di Kalendar Aktiviti IPG di Applikasi Permohonan.

Tarikh Penting Permohonan IPG 2017

  • 12 Mac 2017 – Iklan permohonan PISMP Ambilan Jun 2017 dalam akhbar tempatan
  • 23 Mac hingga 30 Mac 2017 – Permohonan secara online di buka
  • 30 Mac 2017 (11.59 malam) – Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)

Semakan Nama Layak Menduduki UKCG

  • 4 hingga 14 April 2017 – Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • 9 April hingga 21 April 2017 – Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Panggilan Temuduga IPG 2017

  • 15 Mei hingga 22 Mei 2017 – Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 21 Mei hingga 26 Mei 2017 – Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

Tarikh Semakan Tawaran IPG 2017

  • 23 Jun hingga 10 Julai 2017 – Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2017. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri
  • 10 Julai 2017 – Pendaftaran calon di IPG. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

Panduan Menghadapi UKCG Dan Temuduga IPG

Untuk peringatan kepada pemohon semua, sila buat persediaan secukupnya bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga di mana anda boleh merujuk kepada panduan yang dikongsikan di bawah ini.

  • Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru, klik UKCG
  • Contoh Soalan UKCG – INSAK

Applikasi Semakan Keputusan IPG 2017 Online

Link applikasi semakan nama calon yang berjaya menduduki UKCG dan semakan tawaran yang berjaya ke IPG 2017 akan diumumkan di applikasi semakan berikut :-

Tarikh yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada sebarang perubahan, Tarikh rasmi dan link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari KPM.

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769 Tawaran

Selamat membuat semakan keputusan IPG 2017 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke IPG (PISMP) kelak. Tahniah kepada yang berjaya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment