SAPS – Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS – Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah. Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, peperiksaan percubaan) dan ujian anak secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS Ibu Bapa ini. Semakan boleh dibuat dengan hadir ke sekolah masing-masing atau pun secara online (jika disediakan).

Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS Ibu Bapa)

Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 1 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas.

Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah ini untuk membuat semakan SAPS Ibu Bapa:

  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
  3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahunpeperiksaan.
  4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
  5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Semoga perkongsian Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. Moga dengan kewujudan Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa membolehkan ibu bapa memantau prestasi akademik anak mereka.
SUMBER

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment