Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2018 SSeM Tingkatan Satu 1

Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Tingkatan Satu (1) Online. Perhatian buat pelajar UPSR 2017 (Darjah 6) yang berminat untuk menyambung pelajaran di Sekolah Seni Malaysia (SSeM). Dikongsikan dari makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan Sekolah Seni Malaysia 2018 Online ke Tingkatan 1 boleh dipohon melalui applikasi permohonan online e-SSeM bermula dari 3 April sehingga 31 Ogos 2017.

Cara Membuat Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2018 (SSeM) Tingkatan Satu Online

Sebagai panduan buat pemohon, Sekolah Seni Malaysia ataupun SSeM adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi. Ianya menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia Ambilan tahun 2018 Tingkatan Satu yang boleh di buat secara online.

  • Applikasi Permohonan : Klik Applikasi Permohonan e-SSeM
  • Tarikh Buka : 3 April 2017
  • Tarikh Tutup : 31 Ogos 2017
  • Semakan Keputusan : Sesi serlahan seni pada hujung September dan semakan tawaran pada hujung tahun 2018. Sila rujuk semakan keputusan SSeM

Syarat Permohonan SSeM

Berikut adalah syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia tahun 2018 :-

  • Warganegara Malaysia
  • Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/ Tari/ Teater/ Muzik)
  • Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  • Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia

Berikut pula adalah syarat kemasukan SSeM :-

  • Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  • Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  • Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  • Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  • Mengemukakan rekod kesihatan murid
  • Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  • Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online, anda boleh rujuk maklumat berikut.

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni
Talian 03-88721620
Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia .

Selamat membuat Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2018 Online. Semoga anda berjaya ditawarkan tempat kemasukan ke SSeM kelak.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment