Permohonan Murid Tahun 1 2019/ 2020 Online

Permohonan Murid Tahun 1

Borang Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 Ambilan 2019 Dan 2020 Online. Bagaimana cara daftar anak ke sekolah untuk kemasukan ke Darjah 1? Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang ingin mendaftar anak ke sekolah rendah kerajaan tahun 2018 dan 2019 nanti. Permohonan Murid Tahun 1 (Darjah 1) ambilan tahun 2019 dan 2020 akan dibuka secara Online untuk seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Cara daftar permohonan dikongsikan di bawah ini untuk panduan.

Permohonan Murid Tahun 1 Tahun 2019/ 2020 Online : Cara Daftar

Untuk ibu bapa dan penjaga semua, berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun Satu (1) ambilan 2019/ 2020 untuk seluruh negeri di Malaysia. Secara online adalah menggunakan applikasi SPATKPM. Sebelum ini permohonan Manual memerlukan ibu bapa penjaga untuk hadir ke sekolah yang ingin dipohon.

Siapa Yang Layak Mendaftar Darjah 1?

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

  • 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Sesi persekolahan tahun 2019)
  • 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Sesi persekolahan tahun 2020)

Cara Daftar Kemasukan Murid Tahun 1 Online

  • Permohonan online adalah dibuka untuk seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan bermula dari 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM).
  • Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan tahun lepas adalah melalui sekolah iaitu secara manual.
  • Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ WP Labuan
  • Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2018 Hingga 30 April 2018
  • Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
  • Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
  • Panduan permohonan online : Klik Muat Turun dan FAQ

Tindakan/ Langkah Ibu Bapa Selepas Mendaftar Online

Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-

  • Mencetak bukti permohonan
  • Seterusnya, mereka perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
  • Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2018.

Senarai Dokumen

Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

Soalan Lazim

Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 Online :-

  • 1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  • 2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  • 3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  • 4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru

Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar

  • Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
  • Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-

E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 untuk Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA

Unit ICT.
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Rujukan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, sila klik FAQ

Semakan Keputusan Kemasukan Murid Tahun 1

Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Julai/ Ogos 2018 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.

Kepada ibu bapa/ penjaga semua. Selamat membuat Permohonan Murid Tahun 1 2019/ 2020 Online atau manual. Moga sistem permohonan yang diperkenalkan ini dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan anda semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment