Pendaftaran Murid PraSekolah 2018 Online

Permohonan Murid PraSekolah KPM 2018 Online Melalui E-Prasekolah. Cara daftar e-PraSekolah? Panduan buat ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak yang ingin memasuki PraSekolah KPM. Pendaftaran Murid PraSekolah 2018 Online Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bermula dari 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan kemasukan murid boleh dibuat secara dalam talian/ online melalui applikasi e-praSekolah atau permohonan secara manual.

Pendaftaran Murid PraSekolah 2018 Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat Pendaftaran PraSekolah 2018 Online untuk panduan ibu bapa/ penjaga dalam membuat permohonan. Antara maklumat yang dikongsikan adalah syarat kelayakan memohon, link applikasi permohonan, tindakan ibu bapa/ penjaga dan semakan keputusan permohonan.

Syarat Kelayakan Memohon

Mereka yang mempunyai syarat-syarat kelayakan berikut boleh memohon. Untuk makluman, pemilihan murid ke PraSekolah KPM adalah berdasarkan merit :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa
  3. Bagi kohort 3t, kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon

Cara Daftar PraSekolah 2018 KPM

A. Online

Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang ePraSekolah.

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu

  • Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
  • Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
  • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2017

Tindakan Ibu Bapa/ Penjaga

Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017.

B. Permohonan Secara Manual

Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.

Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon.
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon

Murid prasekolah Pendidikan Khas

Permohonan murid Pendidikan Khas mestilah disertakan dengan borang pengesahan atau lain-lain dokumen seperti berikut :-

  1. Pengesahan dari pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
  2. Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD
  3. Pengesahan dan pendaftaran seperti carta di LAMPIRAN A

Semakan Keputusan PraSekolah Online

Status permohonan/ keputusan boleh disemak secara online dengan mengklik butang SEMAK PERMOHONAN di ruangan LAMAN PENGGUNA. Untuk permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.

Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang RAYUAN PERMOHONAN pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Selamat membuat Pendaftaran PraSekolah 2018 Online KPM E-PraSekolah. Semoga perkongsian cara membuat permohonan PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermanfaat buat semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment