Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video

Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah – Aku Negaraku. Perhatian buat semua murid sekolah. Bermula dari tarikh 22 Mei 2017, Lagu “Aku Negaraku” merupakan lagu wajib baru di perhimpunan mingguan sekolah. Berikut dikongsikan lirik lagu Aku Negaraku termasuk video nyanyian serta link download untuk panduan guru dan juga pelajar.

Lagu “Aku Negaraku” adalah lagu ciptaan komposer Audi Mok dan lirik oleh Shazree Ishak. Lagu pula dinyanyikan oleh penyanyi Aizat Amdan Dan Suki.

Lirik Lagu Aku Negaraku : Lirik Dan Video

Umum sedia maklum yang Lagu Aku Negaraku adalah lagu wajib baru dan perlu dinyanyikan bersama lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing di perhimpunan mingguan sekolah. Aku Negaraku adalah sebuah lagu yang berentak kontemporari.

Tujuan penambahan lagu Aku Negaraku sebagai lagu wajib adalah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan sebahagian dari satu inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku

Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan

Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

Ulang [Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku

Cara Download Lagu Aku Negaraku

Pelajar boleh memuat turun atau mendownload lagu dalam pelbagai versi dengan mengklik link di bawah ini :-

  1. Versi Penuh
  2. Instrumental
  3. MMO
  4. STEM BV
  5. STEM LV

Video Nyanyian Lagu Aku Negaraku

Untuk panduan pelajar dan guru semua, berikut adalah video nyanyian lagu Aku Negaraku beserta lirik :-

Semoga perkongsian Lirik Lagu Aku Negaraku boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk pelajar semua. Ingat semangat patriotik di kalangan penduduk Malaysia amat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang maju dan aman.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment