Kadar Dividen KWSP 2016-2017 Terkini

Jumlah Dividen KWSP/ EPF Tahun 2016-2017. Berapakah jumlah kadar dividen KWSP 2016? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar pengagihan dividen EPF pada tarikh hari Sabtu, 18 Februari 2017. Pencarum KWSP atau EPF “Simpanan Hari Tua Anda” pasti mengharapkan kadar dividen yang tinggi tahun 2016 walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar masa kini.

Jumlah dividen EPF 2016

Kadar Dividen KWSP 2016-2017 Terkini

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pengagihan Kadar Dividen KWSP untuk tahun 2016  meliputi tarikh pengumuman, kadar dividen dan rekod pengagihan tahun-tahun sebelumnya.

  • Tarikh Pengumuman : 18 Februari 2017 (Sabtu)
  • Kadar Dividen EPF : 5.7%
  • Jumlah Pengagihan Pendapatan : 37.08 billion

Pada tahun lepas, pengumuman dividen KWSP telah dibuat pada hari Sabtu, 20 Februari 2016. Jumlah dividen tahun 2015 adalah 6.40%

Kadar Dividen EPF Dari Tahun 2000 Hingga Kini

Berikut adalah kadar dividen KWSP dari tahun 2000 hingga 2016 sebagai rujukan para pencarum.

  • Tahun 2016 : 5.7%

 

TAHUNKADAR DIVIDENTAHUNKADAR DIVIDEN
2000620084.5
2001520095.65
20024.2520105.8
20034.520116
20044.7520126.15
2005520136.35
20065.1520146.75
20075.820156.40

 

Untuk makluman pencarum, penyata akaun yang dikreditkan dividen, boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my. Selain itu, penyata juga boleh didapati dari kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan selepas tarikh pengumuman dividen dibuat.

Cara Hubungi KWSP

Untuk maklumat lanjut mengenai KWSP, and aboleh perolehi dari laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia.’ Anda juga boleh mengetahui tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP.

Semoga perkongsian Kadar Dividen KWSP 2016-2017 Terkini ini bermanfaat buat semua. Untuk makuman, Kadar pengagihan dividen 2016 lebih rendah dari tahun sebelumnya. Moga jumlah pengagihan dividen KWSP tahun 2017 nanti akan lebih/ meningkat dari tahun sebelumnya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment