Jadual Peperiksaan UPSR 2017 Darjah 6

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017. Perhatian dan panduan buat pelajar Darjah 6 tahun 2017 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tarikh peperiksaan UPSR 2017. Jadual Peperiksaan UPSR 2017 iaitu Ujian Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ada dikongsikan dibawah ini selepas pengumuman rasmi dari LPM.

Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Calon Biasa)

Peperiksaan UPSR akan dilangsungkan selama 5 hari bermula dari 11 hingga 14 dan 18 September 2017. UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar-pelajar Tahun Enam pendidikan sekolah rendah.

Tarikh Peperiksaan

  • Ujian bertulis UPSR 2017 akan diadakan dari 11-14 dan 18 September 2017

Berikut adalah jadual penuh/ lengkap peperiksaan UPSR 2017 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan.

  • Tarikh peperiksaan : 11 hingga 14 September dan 18 September 2017

UPSR 2017 Timetable

Isnin, 11 September 2017

upsr%2B11%2Bsept

Selasa, 12 September 2017

upsr%2B12%2Bsept

Rabu, 13 September 2017

upsr%2B13%2Bsept

Khamis, 14 September 2017

upsr%2B14%2Bsept

Isnin, 18 September 2017

upsr%2B18%2Bsept

Jadual lengkap peperiksaan UPSR 2017 beserta panduan dan arahan peperiksaan boleh di muat turun/ download di LPM UPSR.

BAHAGIAN D : CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN

1. ARAHAN AM

  • 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2017.
  • 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada K enyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  • 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

  • 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  • 2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran/MyKid atau Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
  • 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Semoga adik-adik yang menduduki peperiksaan akan berjaya dalam Peperiksaan UPSR 2017 yang akan diadakan nanti. Doa menghadapi peperiksaan sila rujuk di Doa Peperiksaan. Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan UPSR 2017 Darjah 6 ini bermanfaat buat semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment