Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN)

by rossacalla on January 3, 2018

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN). Berikut dikongsikan tarikh dan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) yang bakal diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia. Karnival Pengajian Tinggi Negara 2018 yang juga dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U adalah Karnival yang bermanfaat buat semua.

Buat pelajar terutama pelajar SPM dan STPM, mereka yang berhajat untuk menyambung pengajian tinggi mereka melalui UPU online adalah digalakkan untuk datang ke Karnival KPTN.

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN)

Tujuan utama Karnival KPTN atau Karnival Jom Masuk U adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej yang menyertai pameran pendidikan tersebut. Semasa karnival itu anda boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.

Penganjuran Karnival KPTN sudah tentu akan memudahkan pelajar dalam  membuat keputusan yang tepat semasa melanjutkan pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat dalam mengetahui peluang untuk mendapat tawaran pengajian.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018

Berikut adalah Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) yang diadakan di beberapa zon/ negeri di seluruh Malaysia. Maklumat yang dikongsikan adalah tarikh, lokasi dan negeri/zon.

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Sabah (Tawau)27 – 28 JanuariEastern Plaza, Tawau
2. Sarawak (Miri)27 – 28 JanuariPermaisuri Imperial City Mall, Miri
3. Melaka3 – 4 FebruariMelaka International Trade Centre (MITC)
4. Perlis10 – 11 FebruariUniversiti Malaysia Perlis
5. Kedah10 – 11 FebruariUniversiti Utara Malaysia
6. Johor24 – 25 FebruariPersada Johor

7. Negeri Sembilan

24 – 25 Mac

Politeknik Nilai

8. Terengganu24 – 25 MacUniversiti Malaysia Terengganu
9. Pahang3 – 4 MacUniversiti Malaysia Pahang
10. Pulau Pinang10 – 11 MacPoliteknik Seberang Perai
11. Kelantan10 – 11 MacUSM (Kubang Kerian)
12. Sabah (Kota Kinabalu)17 – 18 Mac1Borneo Hypermall
13. Labuan17 – 18 MacKomplek Ujana Kewangan
14. Selangor31 Mac – 1 AprilUiTM Shah Alam
15. Perak7 – 8 AprilAmanjaya Convention Centre, Ipoh
16. Sarawak (Kuching)7 – 8 AprilMYDIN Petra Jaya, Kuching
  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa : 800 pagi hingga 600 petang

Senarai lokasi/ tempat karnival diadakan akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan. Sumber Permohonan.my

TAHUN 2017

1. Zon Timur (Kelantan, Terengganu Dan Pahang)

  • 11 – 12 Februari 2017 (Sabtu & Ahad)
  • 9 pagi hingga 5 petang
  • AEON Kota Bharu, Kelantan (Perasmian Pembukaan)

2. Mini Zon (Perlis dan Kedah)

  • 18 – 19 Februari 2017 (Sabtu & Ahad)
  • 9 pagi hingga 5 petang
  • Dewan Ilmu Kampus UNIMAP Pauh Putra, Perlis

3. Zon Selatan (Johor dan Melaka)

  • 25 hingga 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad)
  • 9 pagi hingga 5 petang
  • Kampus UTHM, Batu Pahat, Johor

4. Zon Utara dan Tengah (Pulau Pinang dan Perak)

  • 4 hingga 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
  • 9 pagi hingga 5 petang
  • Padang Kawad, Kampus Induk,USM Pulau Pinang

5. Zon Sabah (Sabah)

  • 11 hingga 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
  • 8.30 pagi hingga 5 petang
  • Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah

6. Zon Sarawak (Sarawak)

  • 18 hingga 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
  • 8.30 pagi hingga 5 petang
  • CityONE Megamall Kuching, Sarawak

7. Zon Tengah (Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan)

  • 25 hingga 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
  • 9 pagi hingga 5 petang
  • DEWAN TUANKU CANSELOR USIM & PERKARANGAN, Negeri Sembilan
  • Perasmian Penutup

GRAFIK TARIKH DAN LOKASI KPTN 2017 JOM MASUK U

Berikut adalah grafik jadual KPTN 2017 buat panduan semua.

Selamat berkarnival. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) ini bermanfaat buat semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment