Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018

Jadual Karnival Mara 1

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018. Berikut dikongsikan jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 di seluruh Malaysia. Pelajar dan pencari kerja digalakkan untuk datang bagi mengetahui maklumat lanjut berkaitan pendidikan dan kerjaya mereka pada masa depan. Karnival Pendidikan MARA 2018 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan diadakan pada bulan Mac 2018 di 6 lokasi di seluruh Malaysia.

Selain karnival MARA, pelajar termasuk pemohon UPU online boleh juga mengunjungi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 Jom Masuk U yang akan diadakan pada hujung Januari sehingga April 2018.

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai jadual (tarikh & lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2018 di seluruh Malaysia. Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan tajaan atau mencari pelbagai peluang pendidikan boleh mengunjungi karnival ini.

Jadual Karnival Pendidikan MARA Tahun 2018

  1. TENGAH : Kuala Lumpur : 31 Mac – 1 April 2018 (Sabtu & Ahad) di Lobi Dewan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera (Aras 6), Kuala Lumpur
  2. PANTAI TIMUR : Terengganu : 21-22 Mac 2018 (Rabu & Khamis) di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, Terengganu
  3. SELATAN : Johor : 17-18 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor
  4. UTARA : Kedah : 21 -22 Mac 2018 (Rabu & Khamis) di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah
  5. WILAYAH TIMUR : Sarawak : 17-18 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak
    dan Sabah : 24-25 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

 

Nota: Tarikh dan lokasi karnival adalah tertakluk kepada perubahan

Waltu Karnival : 1000 pagi hingga 600 petang

Tahun 2017

Pindaan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2017 di lokasi :-

  • 1) Stadium Sultan Muhammad, Ke IV Kota Bharu, Kelantan pada 4 – 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) dan 
  • 2) Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 7 – 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu) 
BILNEGERIHARI/ TARIKHTEMPAT & LOKASI
1Perlis25 – 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad)Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis
2Kuala Lumpur7 – 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu)Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur
3Kelantan4 – 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
4Pahang11 – 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Megamall, Kuantan, Pahang
5Melaka11 – 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)KIP Mart, Bachang, Melaka
6Pulau Pinang18 – 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Penang
7Johor18 – 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Plaza Angsana, Johor Bahru
8Sabah25 – 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Suria Sabahm Kota Kinabalu
9Perak25 – 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Aman Jaya Convention Centre, Meru, Ipoh
10Sarawak30 – 31 Mac 2017 (Khamis & Jumaat)The Hills Shopping Mall, Kuching
11Selangor1 – 2 April 2017 (Sabtu & Ahad)Anggerik Mall, Shah Alam
12Kedah1 – 2 April 2017 (Sabtu & Ahad)Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar
13Terengganu8 – 9 April 2017 (Sabtu & Ahad)Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu
14Negeri Sembilan8 – 9 April 2017 (Sabtu & Ahad)Mydin Mall, Seremban 2

Apa Itu Karnival Pendidikan MARA?

Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara kepada pelajar-pelajar terutamanya lepasan SPM/STPM, serta orang awam untuk membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.

Selain itu, KPTM juga memberi fokus kepada kemasukan bulan Julai di Institusi Pendidikan Tinggi dan memberi kesedaran kepada ibu bapa serta pelajar tentang kepentingan merencana kerjaya masa depan lebih awal.

Cara Hubungi

Bahagian Komunikasi Korporat,

Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-26134859/60/54 atau Faks: 03-26927386
Teknikal : 03-26134851

Facebook Karnival Pendidikan MARA

Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 ini bermanfaat buat semua. Kepada pelajar dan juga orang awam yang inginkan maklumat tentang kerjaya dan pendidikan. Jom datang ke karnival di lokasi yang berdekatan dengan tenpat tinggal anda.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment