Cara Semak Keputusan UPKK 2017 Online & SMS

by rossacalla on January 27, 2018

Semakan Keputusan UPKK 2017 Online Dan SMS. Bila tarikh result UPKK 2017 diumumkan? Panduan buat murid Tahun Lima (5) yang telah menduduki peperiksaan UPKK pada bulan Oktober 2017 yang lalu. Hendak tahu tarikh rasmi keputusan peperiksaan diumumkan dan cara semak keputusan UPKK? Tarikh rasmi semakan keputusan UPKK 2017 secara online dan SMS adalah pada hari Isnin, 29 Januari 2018 mulai 1100 pagi. Untuk makluman, keputusan UPKK tahun lepas telah diumumkan pada 15 Februari 2017.

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan adalah untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.

Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK 2017 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan panduan penting berkaitan semakan keputusan UPKK tahun 2017 untuk panduan pelajar dan ibu bapa. Bermula dari tahun 2017, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK. Pelajar kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan UPKK secara online dan SMS

Tarikh Dan Cara Semak Keputusan UPKK 2017 Online

  • 2017 : 29 Januari 2018, 1100 pagi (Isnin)
  • 2016 : 15 Februari – 1100 pagi ) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi)
  • Link Applikasi Semakan Atas Talian/ Online : http://semakan.islam.gov.my/

Cara Semak Keputusan UPKK Melalui SMS

Keputusan UPKK juga boleh disemak melalui SMS. Semakan SMS  boleh dibuat bermula

  • 2017 : 29 Januari 2018, 1100 pagi (Isnin) sehingga 5 Februari 2018 (500 petang)
  • 2016 : Bermula jam 1100 pagi pada 15 Februari sehingga 1100 pagi pada 21 Februari 2017

Cara Buat Semakan

  • UPKK RESULT NoMYKID dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran : UPKK RESULT 060515036884

ATAU

  • UPKK <jarak> RESULT <jarak> NoSijilLahir dan SMS ke 15888
    Contoh mesej penghantaran UPKK RESULT BS76517

Semakan Keputusan UPKK 2017 Online Dan SMS

Nota Penting Cara Semak Keputusan UPKK

  1. Keputusan penuh UPKK boleh didapati dari sekolah murid masing-masing
  2. Pastikan No MyKid/No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
  3. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
  4. Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST)
  5. Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Maklumat Lanjut Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran. Juga termasuk amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain. Selain menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.

Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid Tahun 5 di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Al-Quran. Serta Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.

Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Ianya turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.

Selamat membuat Semakan Keputusan peperiksaan UPKK 2017 secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon peperiksaan UPKK yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan UPKK KAFA yang cemerlang. Tahniah buat semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment